Small Cute Grey Red Outline Pointer



Skin by Le Vans. xoxo
»Painful
Thursday 14 March 2013


Assalammualaikum.

Alhamdulillah berkesempatan jugak update. Dah lama jugak tak update. Bersawang dah. Hidup memang penuh dengan dugaan. Allah beri kita pelbagai dugaan untuk mencabar kekuatan iman seseorang. Dalam hidup juga mesti ada cinta. Cinta memang menyakitkan. Setiap orang mesti ada cinta. Kekadang cinta terlalu indah, bau kentut pun wangi. 

Sekarang, hati nih sakit sangat. Sakit dengan perasaan sendiri. Lukanya begitu dalam. Hampir empat tahun menanggung sakit nih. Malah, lukanya meninggalkan parut. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Aku dikejutkan dengan sesuatu yang sudah kujangkakan. Memang tamparan yang hebat bagi aku. Kenapa nih semua terjadi dekat aku?!?!

Kelihatan kau gembira disebalik wajahmu dan matamu yang sepet. Aku nampak senyuman itu penuh bahagia. Kelibat tiga orang perempuan dihadapan begiu meruntun jiwa wanitaku. Aku benci tengok gambar tu. Aku cemburu dengan mereka. Aku benci!!!!

Tak pernah aku lihat senyuman kau seperti itu. Aku tak berkesempatan selama empat tahun. Sesungguhnya aku rindu kau. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku hanya 'syok sendiri'  Aku nih gila sebab suka pada seseorang yang aku anggap sebagai kawan pada suatu ketika dahulu. Aku tahu aku menyeksekan diri sendiri umpama keluar kandang kambing masuk kandang harimau. 

Pernah seorang rakanku bertanya, 

"Kenapa kau perlu teruskan menyukai dia sedangkan kau tahu diri kau yang sakit. Kenapa kau tak lepaskan dia?"

Sahabat, sesungguhnya kau tahu perasaan aku. Aku tak boleh nak move one. Aku tak boleh lupakan dia. Aku sakit. Tapi aku pendam.....

"Kau kena jga move on, nanti kau tak boleh buka pintu hatikau buat orang lain"

Biarkan sahabat..Aku rela begini. Aku rela. Tetapi aku rasa aku dah putus asa dengan perasaan aku sendiri. Betul cakap kau aku harus move one. Aku taknak biarkan perasaan aku begini berterusan. Ya itu hanya sebuah gambar yg diupload di instagram. Tetapi bila aku tengok gambar itu aku rebah luluh pilu....

Aku akan cuba. Sanggupkah aku? Ya Allah rumitnya dugaanmu ini....
Aku akan cuba jadi seorang yang selalu ceria walaupun dalam hati tiada siapa yang tahu :')


Ikhlas dariku,
Syamimi Adila.


words spilled @ 04:43 / leave goosebumps here